Wednesday, 23 March 2016

Sahabatku Quality Manager

Sebenarnya aku masih tercari-cari topik yang menarik untuk aku jadi catatan pada malam ini sementara menunggu malam melabuhkan tirainya.

Lalu aku teringatkan sahabat sekerjaku. Boss kami sering mengingatkan kami agar membiasakan lidah memanggilnya QM. Tugas yang amat diminatinya. Aku sangat suka cara sahabatku membawa perwatakannya.

Dia sering sebut "Aku QM jer, kau tu LA..... lagi besar tanggungjawab dari aku".

Aku tak kisah.........dia atau aku.......tamggungjawab kami tetap berat. Misi besar kami ialah untuk memastikan tempat kami mencari rezeki merupakan tempat yang tidak membosamkan kepada semua.  Tapi kadang-kadang ada yang kurang senang dengan tugas kami.

Aku merasa sangat bosan dengan semua itu sehingga kadang-kadang pernah terdetik dalam fikir aku untuk melepaskan sahaja tugas itu. Namun atas rasa tanggungjawab terhadap ilmu yang pernah aku perolehi aku terus gagahi diri untuk meneruskanya. Aku harus akui kebesaran Allah yang telah mencipta mahluk dengan pelbagai kelainan. Kufur kalau kita tidak percaya.

Eh...........lain pula ceritanya..........

Berbalik cerita tentang sahabatku seorang QM. Yang paling aku suka tentang dia ialah kecekalannya untuk memastikan yang terbaik dalam apa yang dia lakukan. Kadang-kadang aku cemburu dengan caranya. Dia seorang yang sangat tegas. Apa yang dia rancang akan dipastikan hasilnya adalah terbaik. Baginya tiada halangan dalam mencapai yang terbaik selagi mampu dirempuhi.

Kalau dia baca tulisan aku ni pasti dia kata aku mengada-mengadakan cerita.

Ahhhhhh..........

Tak larat dah aku nak berfikir.....

Cukup dulu.....

Friday, 18 March 2016

Cantik itu indah

Sesungguhnya semua ciptaan Allah itu indah. Cuma penilaian kita sahaja yang akan menentukannya.

Semoga hari ini lebih baik dari hari yang telah berlalu.


http://stagelain.blogspot.my/2015/03/twinning-programme-engineering-united.html